Cara Berwudhu'


PENGERTIAN WUDHU’

Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Mulakan mengambil wudhuk dengan :


Membaca “basmalah” iaitu lafaz 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bismillah hirrahmanirrohim

(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Dan Penyanyang)

Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.


Berkumur-kumur mulut serta memasukkan air ke dalam hidung.

(cara memasukkan air ke dalam hidung mengikut ulama ialah dengan 
menarik nafas dahulu sehingga tinggal sedikit (hujung nafas) baru sedut air masuk ke hidung).
Add caption


Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka serta niat wudu’.
Niat adalah seperti berikut:


Nawaitu raf'al hadathil asghari lillahitaala
(Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala)

atau

Nawaitul wudua lillahi taala
(Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala)




Membasuh dua tangan hingga dua siku. 
Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.





Menyapu sedikit kepala.
Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, 
tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.





Menyapu dua telinga.



Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.



Membaca doa selepas wudhu'
(Menghadap ke arah kiblat dan membaca doa wuduk:)
.
Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki.” (Hadis Riwayat Muslim).


Ashhaduanla ilahaillallah huwahdahulasyarikalah, 
wa ashhadu annamuhammdan abduhuwarasuluh. 
Allahumaj'alni minattauwabin, 
waj'alni minalmutatohhirin, waj'alni min ibadikassolihin.

(“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, 
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. 
Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat 
dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih 
dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang soleh”)


Perkara yang membatalkan Wudhu'
  • Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi. 
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk. 
  • Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya. 
  • Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati. 
  • Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri. 
  • Murtad iaitu keluar dari agama Islam.