+++PAGE UNDER CONSTRUCTION+++
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan ruang untuk membukakan hati kita untuk terus tunduk sujud padaNya, walaupun bermacam-macam fitnah yang menimpa kita sekarang. Juga selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW serta Ahlul Bait serta para sahabat dan pengikutnya. Diharap dengan secebis ilmu yang dikongsi di sini dapat memberi sedikit manfaat kepada kita terutama guru yang mengajar kita. Hadiahkanlah Al-fatihah kepada guru-guru yang telah mengajar kita.


Blog ini di tubuhkan hanyalah untuk memberi kemudahan remaja belia untuk mencapai cara-cara yang senang di fahami untuk mengerjakan solat yang menjadi tiang kepada agama Islam.


Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”


AYUH KEMBALIKANLAH KEGEMILANGAN ISLAM
AYUH SOLATLAH!!!